Erik ten Hag berkata Ajax "berjuang bagaikan singa" sambil memuji persembahan pasukannya dalam kemenangan 1-0 dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Tottenham.
Kisah dongeng Ajax di pentas Eropah berterusan awal pagi tadi dengan jaringan Donny van de Beek dalam babak pertama memastikan gergasi Belanda itu meninggalkan London dengan jaringan berharga dan kemenangan di tempat lawan.
Percubaan terakhir David Neres turut menyinggahi tiang untuk Ajax -- yang menundukkan Real Madrid dan Juventus dalam laluan ke separuh akhir -- membuka langkah kanan menuju ke final UCL pertama mereka sejak 1996.
Mengulas mengenai keputusan tersebut, pengurus, Ten Hag, memberitahu Ziggo Sport: "Ini satu pencapaian yang hebat, kami berjuang bagaikan singa.
"Pada awal perlawanan, kami mempamerkan aksi bola sepak yang sangat bagus dan kami berhak mencetak gol itu.
"Di tahap seperti itu, kami mempunyai peluang lebih cerah kerana kami berpeluang mendapatkan lebih banyak gol lagi sepanjang perlawanan ini.
"Kami gagal mengekalkan rentak selepas Spurs melakukan penggantian pemain. Kami tidak dapat menguasai bola dan ia menyukarkan kami dalam keadaan tidak sepatutnya. Kami sering dipaksa menghambat bola.
"Tottenham memilih kaedah serangan balas dan ia memakan banyak tenaga kami untuk terus memberikan tekanan. Kami ingin lebih menguasai bola tetapi kami perlu menukar sistem permainan sehingga memudahkan mereka untuk mengelak tekanan.
"Saya yakin Tottenham mula mendapatkan keyakinan, begitu juga kami. Kami sedar keperluan untuk melakukan yang lebih baik dalam aksi hari ini, saya sangat berpuas hati dengan kemajuan dan perkembangan kami," tambahnya.
Tambah ketua pasukan Ajax, Matthijs de Ligt, dalam Veronica TV: "Ini hanyalah pertemuan pertama tetapi ini adalah satu kedudukan yang baik.
"Apatah lagi kami menjaringkan gol di tempat lawan. Malangnya satu lagi percubaan kami terkena tiang. Kalau tidak, jaringan itu akan mengukuhkan kedudukan kami.
"Inilah cara kami bermain ketika bertandang ke Madrid, Juventus dan menentang Bayern (Munich).
Kami telah mengenal pasti bahawa Tottenham merupakan pasukan yang sangat baik dan mereka menguasai permainan dengan membuat hantaran jauh kepada (Fernando) Llorente dan ia menjadikannya sukar buat kami untuk menekan mereka.
"Akhirnya ia berubah menjadi pertempuran fizikal tetapi kami masih meninggalkan (London) dengan kemenangan."