Skip to main content

Bola Sepak

Tayangan Skrin Besar: Semangat tidak putus asa Harimau Malaya wajar diteladani -- Hannah Yeoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh-fina.jpg
Suasana di Tayangan Skrin Besar di Home of Harimau Malaya, Bukit Jalil sebentar tadi gamat dengan sorakan penyokong termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Harimau Malaya memberikan semangat luar biasa ketika mengikat Republik Korea 3-3 dan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, sempat mendapatkan reaksi Hannah sejurus selepas wisel penamat.

"Tahniah kepada Harimau Malaya yang berjuang habis-habisan untuk mengikat Korea dan ini satu penamat yang sangat kuat. 

"Tahniah juga kepada Kim Pan-gon kerana tidak mudah berputus asa dan FAM kerana telah berusaha yang terbaik.

"Ini satu keajaiban buat Malaysia dan menunjukkan bahawa kita tak boleh berputus asa, kalau gagal kali pertama dan kedua cuba lagi, yang ketiga untuk dapat keputusan seri dengan Korea memang sangat baik. 





"Saya gembira kami sedia 16 lokasi untuk Tayangan Skrin Besar untuk ketiga-tiga perlawanan dan setiap lokasi rakyat Malaysia datang berikan sokongan. 


 

"Jangan rasa Malaysia terlalu jauh, kita boleh.

"Kita setaraf dan kalau kita berjuang habis-habisan, kita buktikan boleh seri dengan Korea," katanya lagi. 

Lintas langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil

 

 

Advertisement

Must Watch Video