Walaupun tidak menduga Harimau Malaya dibelasah Jordan 0-3 dalam separuh masa pertama, Ekor Harimau tetap berdiri teguh di Stadium Nasional,Bukit Jalil untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Harimau Malaya.
Walaupun hujan lebat turun di Lembah Klang, ia tidak menghalang penyokong daripada berkumpul sempena Tayangan Skrin Besar yang dibawa khas oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha menyemarakkan perjuangan anak buah Kim Pan-gon dalam Kumpulan E, Piala Asia di Qatar ketika ini.
"Kita tak banyak pegang bola, pertahanan agak teruk.
"Asal kena serang sahaja gol.
"Insya-Allah ada kebangkitan. Saya harap-harapkanlah," kata seorang penyokong yang ditemui wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, di Tayangan Skrin Besar Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.