Bekas pemain antarabangsa Croatia, Filip Tapalovic, terkejut dengan pencapaian skuad itu dalam Piala Dunia 2018 dengan menonjolkan mentaliti dan semangat berpasukan mereka.
Anak buah Zlatko Dalic itu akan menentang England dalam separuh akhir di Moscow awal pagi Khamis ini dan merupakan pencapaian kedua mereka seumpamanya.
Diketuai Luka Modric dan Ivan Rakitic, Croatia dianggap sebagai kuda hitam sebelum kejohanan di Russia.
Tapalovic, yang membuat tiga penampilan untuk negara itu, berkata gabungan elemen berkenaan membawa kepada kejayaan Croatia untuk melepasi peringkat kumpulan sejak mereka menamatkan edisi Perancis 1998 di tempat ketiga.
"Saya terkejut mereka mempunyai pasukan yang baik tetapi pada masa lalu, mereka merupakan pasukan yang bagus, namun gagal melangkaui peringkat kumpulan," kata Tapalovic yang kini bertugas sebagai penolong jurulatih di Adelaide United kepada Omnisport.
"Saya fikir mereka mempunyai mentaliti yang baik dalam pasukan, semangat berpasukan sangat mustahak untuk menghadapi kejohanan.
"Mereka kompak, sangat teratur, mereka mempunyai bahagian tengah yang bagus dengan kehadiran Rakitic dan Modric.
"Ramai pemain telah memenangi banyak trofi bersama kelab mereka. Bukan setakat di Croatia dengan Dinamo Zagreb sahaja, malah di Perancis, Itali, Sepanyol dan mereka mempunyai banyak pengalaman.
"Ini bukan kejohanan pertama mereka, mungkin juga Piala Dunia yang terakhir untuk Modric dan Rakitic, begitupun kini mungkin adalah masa yang tepat.
"Selain itu, Croatia juga beberapa kali bernasib baik dalam undian selain nasib Argentina tidak begitu baik. Bagaimanapun, saya fikir mereka layak atas apa yang mereka lakukan dan saya harap mereka boleh melangkah jauh, seterusnya ke perlawanan akhir."
Croatia dan England menyertai separuh akhir yang turut disertai Perancis dan Belgium selepas beberapa pasukan gergasi, iaitu Jerman, Brazil dan Sepanyol, tersingkir lebih awal.
Tapalovic, yang pernah beraksi bersama Schalke dan 1860 Munich, turut melontarkan pandangan mengenai beberapa keputusan mengejut.
"Banyak kejutan berlaku dalam Piala Dunia. Jerman, Argentina terkeluar daripada persaingan, namun England adalah mengejutkan. Bagaimana mereka bermain, gaya dan corak permainan mereka berbeza dengan masa lalu," katanya.
"Belgium menampilkan aksi yang menarik dan sudah tentu Perancis serta Brazil juga bermain sangat bagus. Ia adalah permainan menarik yang ditampilkan Belgium (di peringkat suku akhir). Kedua-dua pasukan sepatutnya layak ke pusingan seterusnya.
"Croatia telah mencapai separuh akhir, saya fikir mereka telah mengharungi kejohanan ini dengan baik," ujarnya lagi.