Skip to main content

Bola Sepak

Tandukan lewat Kane pastikan Tottenham nafi kemenangan Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-kane.jpg
CHELSEA 2 TOTTENHAM HOTSPUR 2

Harry Kane menjaringkan gol penyamaan dramatik pada minit ke-96 untuk Tottenham bangkit sebanyak dua kali daripada ketinggalan dan mengikat Chelsea 2-2 dalam aksi "Derby London", Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.

Antonio Conte dua kali kelihatan akan pulang dengan tangan kosong daripada kepulangannya di Stamford Bridge, di mana Kalidou Koulibaly membuka jaringan menerusi sepakan voli gemilangnya dalam aksi pertamanya di laman sendiri bersama Chelsea.

Pierre-Emile Hojbjerg kemudian menyamakan kedudukan hasil rembatan jarak jauh dalam babak kedua tetapi Chelsea sekali lagi berada di depan menerusi penyudah kencang Reece James, yang menemui lorongan licik Raheem Sterling.

Bagaimanapun, Kane muncul wira pelawat apabila menanduk masuk gol penyamaan pada lewat permainan buat pasukan bimbingan Conte itu, yang kemudian diarahkan keluar padang kerana keraian melampaunya.

Advertisement

Must Watch Video