Skip to main content

Bola Sepak

Tanda Perak sudah pulih

durakovic.jpg
Kemenangan 3-0 ke atas Sabah dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, Piala Malaysia semalam adalah petanda Perak sudah pulih.

Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, yakin anak buahnya sudah mengikis kekecewaan tewas kepada Kedah dalam final Piala FA, 27 Julai lalu.

"Mereka (pemain-pemainnya) menunjukkan semangat tinggi serta permainan bermutu.

"Jelas mereka tidak lagi dibayangi kekecewaan kekalahan itu. Ini petanda baik buat pasukan.

"Nampaknya pemain sudah bersedia untuk mengharungi kempen Piala Malaysia ini," katanya.

Jaringan babak pertama oleh Brendan Gan dan diikuti  Raianderson Da Costa Morais atau Careca serta Leandro Dos Santos pada minit ke-50 dan 90 melengkapkan penguasaan The Bos Gaurus ke atas Sabah.

Walaupun mengakui persembahan anak buahnya bukan yang terbaik, Durakovic tetap berpuas hati dengan kejayaan tuan rumah itu.

"Setiap pemain memberikan sumbangan dan komitmen tinggi untuk menghasilkan kejayaan ini.

"Kami patut boleh menang dengan jurang lebih besar jika berjaya menyempurnakan beberapa peluang.

"Bagi saya, kemenangan dengan tiga gol sudah mencukupi.

"Sabah bukan calang-calang pasukan dan kami terpaksa bekerja keras untuk mencatat kemenangan ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video