Apabila menamatkan kedudukan kedua carta Liga Super musim ini, ia telah melihatkan peningkatan dari segi persmainan yang dipamirkan oleh pemain-pemain Selangor kerana dua musim sebelum ini Red Giants hanya mampu menduduki di tangga kelima.
Situasi ini telah menggembirakan penyokong-penyokong skuad Lembah Klang itu apabila berjaya meletakkan nama Selangor sebagai salah satu pasukan yang akan bertanding di Liga Juara-juara Asia (ACL) musim hadapan bersama Johor Darul Ta’zim.
Apakah yang membuatkan Selangor berjaya musim ini?
Pada pengamatan penulis apa yang membuatkan Red Giants berjaya musim ini adalah disebabkan pengemudi pasukannya Tan Cheng Hoe yang telah berjaya memainkan peranannya dengan baik terutama dari segi kepimpinan dalam pasukan dan menjaga keharmonian didalam pasukan selain itu Tan Cheng Hoe berjaya mengawal tekanan pasukan dari media dan penyokong-penyokong mereka. Selain itu sokongan dan kepercayaan daripada pengurusan Selangor FC kepada amat baik sekali.
Bukan itu sahaja, kerjasama di antara Tan Cheng Hoe dan pasukan kejurulatihannya amat baik sekali, itu juga intipati kejayaan Red Giants musim ini serta komunikasi yang baik bersama Pengarah Teknikal, Dennis Bekking yang banyak membantu jurulatih berasal dari Kedah itu untuk merancang strategi dan taktikal melalui analisis yang dilakukan sebelum menghadapi sesuatu pertandingan. Kerja sebagai satu pasukan yang diterapkan oleh Tan Cheng Hoe serta sokongan dari pengurusan Selangor FC banyak membantu dan memudahkan kerja jurulatih itu.
Itu yang perlu di lihat dan perlu dicontohi oleh segelintir pengurusan kelab yang mana musim ini menghadapi masalah serta bergelut dengan prestasi pasukan mereka. Jika setiap pengurusan kelab bijak dalam memikirkan bagaimana untuk memajukan pasukan mereka terutama komunikasi dua hala dalam pasukan sudah tentu pasukan mereka juga boleh menjadi salah satu yang mampu bersaing didalam liga seperti Terengganu, Kedah selain JDT. Namun sayangnya kebanyakkan individu-individu yang berada didalam kelab masih tidak mampu untuk menyumbangkan idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah prestasi kelab mereka.
Hasnizam Uzir
Wed Dec 20 2023