Sabah kini bersiap sedia sepenuhnya bagi memulakan cabaran dalam saingan Piala Malaysia yang akan membuka tirainya Jumaat ini.
Pasukan yang kini popular dengan dengan jolokan Tambadau itu bakal memulakan saingan di tempat lawan bertemu juara bertahan, Perak, Ahad ini.
Pengurus pasukan, Henry Soimpon, berkata skuad yang dibimbing Jelius Ating itu telah mula membuat persiapan sejak saingan Liga Perdana yang berakhir kira-kira dua minggu lalu, termasuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan UKM FC di Semenanjung.
Dua aksi persahabatan itu juga menyaksikan Tambadau memenanginya walaupun tampil dengan dua barisan kesebelasan berbeza, iaitu skuad utama menang dengan keputusan 2-1 manakala skuad kedua yang terdiri daripada pemain simpanan menang tipis 1-0.
"Saya gembira dengan prestasi yang ditunjukkan pemain dalam dua aksi persahabatan itu dan dua kemenangan yang dicapai juga telah mengembalikan momentum baik selepas kami tewas dalam perlawanan terakhir liga, tempoh hari.
"Persiapan pasukan juga kini berjalan lancar dengan kesemua pemain kini dilihat sangat bersemangat untuk memulakan saingan Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, hari ini.
Juara Liga Perdana 2019 itu diundi dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Perak, Pahang dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, laluan Sabah sangat mencabar apabila dijadualkan bermain di gelanggang lawan untuk dua aksi awal mereka bertemu Perak dan Pulau Pinang.