Pemain tengah Sabah, Sabri Sahar, bukan saja terlepas aksi pusingan kedua Piala FA bertemu Kelantan United di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, malam ini, malah dia juga mungkin terpaksa berehat sehingga habis musim ini akibat kecederaan.
Sabri, 26, mengalami kecederaan lutut ketika skuad Tambadau itu menewaskan Pulau Pinang di Stadium Likas, Sabtu lalu.
Pengendali Sabah, Jelius Ating, mengesahkan perkara itu dan berharap Sabri akan selamat menjalani pembedahan dan seterusnya menjalani proses pemulihan secepat mungkin agar dia kembali ke dalam pasukan.
"Kecederaan yang dialami Sabri agak serius dan perlu menjalani pembedahan. Kami mungkin kehilangan khidmatnya sehingga habis musim. Harap dia akan cepat sembuh dan kembali menyertai kami secepat mungkin," katanya.
Jelius berkata walaupun terpaksa mengharungi perlawanan akan datang tanpanya, beliau masih yakin pemain lain akan mampu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan pemain itu.
"Seperti saya katakan sebelum ini, kami tidak mahu sekadar memiliki kesebelasan terbaik tetapi kami mahu satu skuad yang baik dengan kesemua pemain bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa diperlukan," katanya.
Sementara itu, jurulatih berusia 48 tahun itu akan tetap menurunkan kesebelasan terbaiknya dalam pertemuan dengan Kelantan United malam ini walaupun pasukan itu adalah kelab yang bermain dalam Divisyen 3.
"Kamia mahu pergi sejauh mana yang boleh dalam saingan Piala FA dan oleh sebab itu kami perlu menganggap semua lawan adalah sama, tidak kira sama ada daripada Divisyen 3, Liga Perdana mahupun Liga Super.
"Selain itu, kami percaya dengan ungkapan bola itu bulat dan apa-apa boleh berlaku, kami tidak boleh memandang rendah cabaran Kelantan United kerana saya difahamkan mereka turut gunakan khidmat pemain import musim ini," katanya.