Sabah akan turun menentang pendahulu Kumpulan C, Piala Malaysia, Pahang, tanpa pemain tengah import, Ahmet Atayev, dalam aksi di Stadium Likas, malam ini.
Pengendalinya, Jelius Ating, berkata Atayev tidak dapat beraksi kerana kecederaan dialaminya ketika bertemu Pulau Pinang, baru-baru ini.
"Selain itu, kami juga berdepan kehilangan pemain pertahanan import, Park Taesu, yang turut mengalami kecederaan, namun kami harap dia akan mampu beraksi nanti.
"Tempat Atayev kemungkinan akan digalas Ricco Nigel Milus manakala Maffry Balang akan menjadi pilihan sekiranya Taesu tidak dapat beraksi," katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, semalam.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, mahu pemain kekal fokus dan percaya dengan kemampuan sendiri walaupum berdepan tugas sukar bertemu Pahang.
"Saya percaya siapa pun yang akan diturunkan mampu menggalas tugas memburu kemenangan dan mereka hanya perlu fokus serta bersungguh-sungguh kerana saya melihat pemain kami ada kemampuan dan kelebihan tersendiri.
"Jadikan dua kekalahan sebelum ini sebagai pembakar semangat menentang Pahang bagi membuktikan bahawa pasukan Tambadau Sabah adalah antara pasukan terbaik di Malaysia," katanya.
Peter turut berharap juara Liga Perdana 2019 itu menjadikan dua kekalahan sebelum ini sebagai pengajaran bagi memburu kemenangan pertama malam ini.
"Kalau dilihat, dua kekalahan sebelum ini lebih kepada disebabkan kelalaian sendiri kerana dari segi kualiti, Sabah tidak jauh berbeza dengan lawan.
"Kami kalah 3-0 kepada Perak, termasuk dua jaringan yang berlaku pada masa kecederaan di setiap babak.
"Ketika menentang Pulau Pinang, kami lebih banyak menguasai permainan tetapi dinafikan untuk pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata ekoran jaringan sendiri yang memberikan kemenangan kepada lawan," katanya.
Peter berkata amat penting untuk pemain memberikan persembahan terbaik kerana prestasi mereka dalam saingan Piala Malaysia ini juga antara yang diambil kira bagi menentukan kedudukan mereka dalam pasukan, musim depan.