Dua puluh pasukan, termasuk enam pasukan baru, memulakan saingan edisi ketiga kejohanan bola sepak Liga Amatur Terengganu (TAL), hujung minggu lalu.
Juara bertahan Piala TAL, Real Chukai, membuktikan kejaguhan memimpin carta Liga Super selepas membenam Ayahanda FC, 7-2, di depan penyokong sendiri di Kemaman.
Turut bermula langkah kanan ialah Island FC yang menang 4-1 ke atas Gemuda FC untuk berada di tangga kedua manakala kedudukan ketiga diisi FC Pemanis apabila mengalahkan Kebilal FC 2-1.
Sementara itu, perlawanan menemukan BTK FC dan Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu (PBSMT)-Lanjerket serta CND FC dan Majlis Daerah Besut masing-masing berkesudahan seri 1-1.
Sepuluh pasukan lagi juga membuka tirai saingan Liga Perdana dengan pihak penganjur masih mengekalkan format sama dua divisyen, seterusnya memburu kejuaraan mutlak TAL.
Hadiah keseluruhan berjumlah RM31,000 menjadi rebutan dengan TAL kini antara liga amatur di Malaysia yang berstatus Liga M5 di bawah seliaan Malaysia Football League (MFL), musim ini.
Krediti foto: Liga Amatur Terengganu (TAL)