Skip to main content

Bola Sepak

Taktik bertahan West Ham tidak menjadi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

west-ham-0-southampton-3-defensive-woes-pile-pressure-on-bilic.jpg

Southampton mempamerkan aksi cemerlang ketika menewaskan West Ham 3-0 di Stadium London, sekali gus menambah duka buat skuad bimbingan Slaven Bilic.

Charlie Austin, Dusan Tadic dan James Ward-Prowse meledak gol buat The Saints untuk merakamkan kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan.

Berbeza buat The Hammers, yang kini telah tewas lima kali dalam enam perlawanan Liga Perdana Inggeris, dan menduduki tangga ke-18 dengan tiga mata. 

West Ham menerapkan permainan bertahan pada babak awal permainan, namun ia tidak menghalang Southampton untuk membuka jaringan pada minit ke-40 menerusi Austin yang menyempurnakan hantaran rendah Ryan Bertrand.

Skuad kendalian Claude Puel terus memberikan tekanan pada babak kedua perlawanan, Austin berjaya mencari Tadic untuk menggandakan jaringan pada minit ke-62.

West Ham cuba untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-73, malangnya rembatan rendah Dmitri Payet hanya melewati tiang gol lawan. 

Southampton melengkapkan kemenangan bergaya selepas Ward-Prowse meledak gol ketiga pada masa kecederaan.

Advertisement

Must Watch Video