Selepas menandatangani nama-nama besar seperti Luqman Hakim Shamsudin, Khuzaimie Piee, dan penjaga gol kebangsaan, Azri Abdul Ghani, kini tumpuan terarah untuk memuktamadkan kemasukan pemain import di Negeri Sembilan, menjelang Liga Super musim hadapan.
Kehadiran bekas pengendali Selangor, Nidzam Jamil, selaku ketua jurulatih baharu bakal memberi perubahan besar dan mengubah landskap bola sepak Hoben Jang Hoben untuk kembali ke zaman kegemilangan seperti sebelum ini.
Menurut laporan media tempatan, skuad Jang berkemungkinan tidak akan menggunakan sepenuhnya kuota 15 pemain import seperti yang diberikan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Kata pengerusi kelab itu merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, senarai tonggak asing sedang dikenal pasti bersama Nidzam Jamil sebelum diumumkan kelak bagi memperkuat pasukan menjadi salah satu pencabar liga.
"Kita sedang berbincang tentang posisi (pemain) yang akan kita putuskan.
"Kita tak sanggup nak beli sampai 15 orang yang dibenarkan itu.
"Kita akan menggunakan pemain import dan senior tetapi saya yakin dengan kehadiran ramai pemain baharu akan memberi nafas (galakan) kepada pemain muda kita.
"Kita nak supaya mereka diberi peluang dan ruang untuk menyumbang, sekali gus mencatat keputusan yang baik untuk pasukan pada saingan musim ini," katanya.