Skip to main content

Bola Sepak

Tak pernah kami bolos 3 gol di SSI. Ini penjelasan TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akhirnya membuka mulut berkenaan perlawanan Liga Super membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima asakan hebat dari Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), baru-baru ini.

Dalam satu temu bual menerusi Youtube JDTTV, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan pandangan peribadi selepas menyaksikan beberapa aksi awal Harimau Selatan setakat ini.

Pemilik JDT itu menegaskan bahawa juara Liga Super 11 kali berturut-turut tersebut sedang melalui fasa transisi besar-besaran apabila menampilkan hampir 70 peratus muka baharu termasuk sistem kejurulatihan yang baru. 

Baginda juga menilai prestasi anak buah, sambil menjelaskan punca utama bagaimana jaguh Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu menerima tentangan sengit sewaktu berjumpa Hoben Jang Hoben.

Namun, TMJ tetap optimis dengan keputusan dan sentiasa mempercayai kelabnya mampu meneruskan rekod terbaik musim ini.  




"Tak pernah kami bolos tiga gol di tempat sendiri dan itu berlaku ketika bertemu Negeri Sembilan.

"Tetapi, perkara itu terjadi bukan disebabkan pemain baru.

"Jika lihat kepada video ulangan, bukan kerana pasukan membuat kesilapan, tetapi ada sedikit kesilapan individu. 

"Apabila bermain secara tiga pertahanan, anda perlu pantas turun semula dan tutup ruang di belakang.

"Tetapi apabila ada satu atau dua pemain cuba untuk membuat perangkap ofsaid, kita sepatutnya tidak berbuat demikian jika bermain dengan tiga pertahanan.

"Oleh kerana ini adalah benda baru, berkemungkinan ada beberapa pemain belum memahami taktik tertentu yang ditetapkan oleh jurulatih. 

"Perkara ini akan terus ditambah baik. Saya tahu mereka akan 'improve'," katanya.

Ditambah mengenai sasaran musim ini, TMJ berlandaskan fakta dan sangat realistik terhadap pembentukan skuad JDT. 

"Sasaran saya rasional. 

"Kenapa kami hanya menang 3-0 lawan Selangor.

"Kenapa kami menang 5-3 sahaja dengan Negeri Sembilan.

"Bukan kami sahaja yang merancang untuk memperbaiki pasukan.

"Setiap pasukan yang bertanding juga memiliki persiapan tersendiri. 

"Mereka juga sedang meningkat. 

"Bukan mudah untuk kami kekalkan rekod selama tiga musim ini," tambahnya. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video