Saya sebagai salah seorang penyokong Manchester United serik je sebenarnya, tapi ada satu perkara yang akan buat saya terus setia dengan pasukan ni.
Sentimental value -- Di mana sebab pasukan ini la saya ada bonding yang cukup kuat dengan arwah bapa saya. Dia merupakan salah seorang ‘die hard fan’. Zaman Sir Alex Ferguson, Man United memang best la cerita dia.
So, tugas saya adalah untuk menemani arwah bapa saya layan perlawanan yang berlangsung awal pagi khasnya. Rindunya!
Anyway, musim 2024/25 ini memang ramai penyokong Manchester United rasa macam nak marah. Harapan awal musim tinggi melangit, tapi realitinya -- macam roller coaster, ada naik ada turun.
Sekejap okay, selepas itu jatuh menjunam. Daripada sasaran empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL), terus tercampak ke tangga ke-16. Kalau bukan sebab kelab lain lagi teruk, mungkin dah kena turun liga.
Aksi demi aksi, ramai yang tertanya-tanya ‘ini MU ke pasukan liga bawahan?’
Kebiasaannya, kita akan ditewaskan oleh pasukan yang tak dijangka, itu yang buat geram. Kadang-kadang menjadi, tapi selalunya keliru tentang kebolehan mereka.
Final Liga Europa (UEL), kononnya jadi peluang tebus maruah, tapi Tottenham Hotspur pula yang berpesta.
Gol awal daripada Brennan Johnson cukup untuk memadamkan impian satu musim.
United cuba melawan semula, tapi macam biasa usaha ada, hasil tak sampai. Pedih telinga pergi kerja daripada kawan-kawan sampai ke stesen radio asyik dibahan sebagai penyokong tegar mereka ni.
Tapi dalam kelam itu, ada juga la rasanya sinar kecil yang mula nampak, kemasukan Ruben Amorim ke kerusi panas Old Trafford.
Walaupun masih awal, gaya permainan dah nampak ada identiti. Tekanan tinggi, hantaran kemas, dan semangat muda mula nampak dalam beberapa perlawanan terakhir. Tak banyak, tapi cukup untuk buat penyokong rasa mungkin ada harapan musim depan.
Semua move on okay? Diharapkan Manchester United kembali sebagai satu pasukan yang kuat balik. Hahaha