Skip to main content

Bola Sepak

Tak jadi di Manchester United, bintang muda ini sah milik Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alvaro.jpg
Bekas bintang muda Manchester United, Alvaro Carreras, sah akan menyertai skuad bimbingan Xabi Alonso bagi menghadapi musim 2025/26 menerusi perjanjian selama enam tahun.

Pemain berusia 22 tahun itu yang telah menjadi nadi dalam perjuangan Benfica pada musim 2024/25 akan berkelana bersama skuad Real Madrid.

Walau bagaimanapun, Carreras, tidak asing lagi dalam landskap bola sepak Real Madrid kerana dia pernah menimba pengalaman bersama skuad remaja Los Blancos dari 2017 hingga 2020.

 

Antara kejayaan yang dikecapi Carreras adalah ketika membantu Benfica menjulang Piala Portugal menerusi kemenangan ke atas Sporting Lisbon dalam aksi final yang cukup dramatik.

Untuk rekod, Real Madrid merupakan kelab ketiga buat Carreras sepanjang bergelar pemain profesional selepas Manchester United dan Benfica.

Advertisement

Must Watch Video