Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menegaskan Taiwan bukan lawan yang mudah untuk dijinakkan berdasarkan reputasi mereka dengan dibarisi beberapa pemain naturalisasi serta berpangkalan dalam Liga China.
Skuad negara tampak berdepan ujian getir untuk meneruskan momentum kemenangan dalam pertemuan menentang Taiwan di tempat lawan esok ekoran kehilangan beberapa tonggak utama seperti penggempur berbisa, Safawi Rasid, dan pertahanan kental, Rizal Ghazali.
Tatkala skuad negara akan beraksi dalam keadaan tempang, lawan pula tampak lebih ampuh menerusi kelibat pemain naturalisasi, antaranya pemain kelahiran England, Will Donkin, dan pemain kelahiran Turki, Onur Dogan.
"Sudah tentu kami memerlukan satu keputusan yang positif kerana seluruh pasukan sedar bahawa Taiwan memiliki beberapa pemain naturalisasi yang menjadikan mereka agak stabil. Ada tiga atau empat pemain yang beraksi dalam Liga China," kata Cheng Hoe.
Skuad Taiwan kini menghuni ranking ke-125 dunia, sekali gus berada pada kedudukan jauh lebih baik berbanding Malaysia yang menduduki tangga ke-171.
Namun, itu seharusnya tidak menjadi alasan buat pemain negara untuk melakar keputusan positif berdepan Taiwan walaupun mengakui lawan mempunyai kekuatan fizikal.
"Jika dilihat beberapa aksi sebelum ini, soal fizikal menjadi kekuatan Taiwan. Jadi, saya mahu pemain-pemain tidak boleh berasa gentar atau gemuruh."