Skip to main content

Bola Sepak

Tahniah kepada Man United -- Guardiola

harrymaguire.jpg
Pep Guardiola mendedahkan Manchester City mahu menandatangani Harry Maguire tetapi gagal dalam persaingan untuk membayar yuran perpindahan pertahanan itu yang semakin hampir menyertai Manchester United.

Bercakap selepas City mengatasi Liverpool menerusi penentuan penalti dalam aksi Perisai Komuniti, Guardiola mengucapkan tahniah kepada United yang berjaya mendapatkan Maguire, yang tiba di kompleks latihan United di Carrington untuk menyempurnakan perpindahannya daripada Leicester City semalam.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menandatangani Rodri, Angelino dan Zack Steffen dan United dijangka membayar sebanyak GBP80 juta (RM404 juta) untuk mendapatkan khidmat Maguire.

Menyokong United untuk memberikan cabaran dalam saingan EPL musim ini dengan kehadiran Maguire, Guardiola memberitahu, "Maguire adalah seorang pertahanan yang berkualiti.

"Kami berminat tetapi tidak mampu untuk membayar yuran perpindahannya.

"Maguire telah beraksi cemerlang dalam Piala Dunia, mampu mengawal bola dengan baik. Dia juga seorang pemain yang pantas. Tahniah kepada United.

"Pada permulaan musim, saya berasakan terdapat lima atau enam pencabar takhta liga.

"Tidak mengira apa yang berlaku sejak empat atau lima tahun yang lalu, United sentiasa pencabar yang kuat pada permulaan musim," tambahnya.

Guardiola memberikan penilaian yang positif terhadap kecederaan yang dialami oleh pemain sayap, Leroy Sane, yang sekadar tampil beraksi selama 13 minit dalam aksi Perisai Komuniti itu sebelum mengalami kecederaan.

Pemain kebangsaan Jerman itu telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai Bayern Munich tetapi Guardiola meluahkan keinginannya untuk mengekalkan Sane di Stadium Etihad.

"Pada mulanya, saya melihat keadaan kurang baik tetapi kami berasa lega kerana kecederaannya tidak begitu serius. Bagaimanapun, kami akan terus menantikan keputusan daripada pegawai perubatan."
 

Advertisement

Must Watch Video