Pengendali Lyon, Sylvinho, menutup sebarang potensi perpindahan pemain sasaran Manchester United, Moussa Dembele.
United dilaporkan berminat untuk menandatangani penyerang itu sebagai pengganti Romelu Lukaku, yang semakin hampir berkelana ke Serie A.
Dembele menjaringkan 15 gol dalam saingan Ligue 1 musim lalu dan meneruskan rentak cemerlang itu dengan meledak dua kali ketika aksi pra-musim Lyon mengatasi Arsenal 2-1 dalam saingan Piala Emirates, Ahad lalu.
Kebarangkalian United untuk membuat bidaan terhadap Dembele sangat tipis jika kelab Liga Perdana Inggeris itu bersetuju dengan juara Serie A berkenaan untuk membuat pertukaran Lukaku dengan Paulo Dybala.
Tanpa mengira minat daripada mana-mana kelab gergasi Eropah yang lain, Sylvinho yakin penyerang utama kelab itu tidak akan dijual.
Pengendali kelahiran Brazil itu memberitahu L'Equipe: "Dembele tidak akan berhijrah. Jendela perpindahan sudah ditutup! Faham?"
Lyon sudah kehilangan seorang pemain utama apabila kapten pasukan, Nabil Fekir, mengambil keputusan untuk berhijrah ke Real Betis, dan mereka dijangka bakal memperkuatkan pasukan menjelang musim baru yang bakal bermula.
"Kami mungkin mendapatkan seorang lagi pertahanan. Sukar untuk mencari pengganti Fekir, seorang pemain penting yang memiliki kualiti teknikal yang luar biasa. Kami akan melihat mana-mana pemain yang mampu membantu pasukan."