Skip to main content

Bola Sepak

Syazwan rai dua detik utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

220517-syazwan-zainon_1.jpg
Pemain tengah Kedah, Mohd Syazwan Zainon, meraikan detik-detik utama pada Sabtu selepas berjaya menjulang Piala FA buat pertama kali dalam kariernya.

Selain itu, dia juga begitu gembira apabila skuad Kedah bakal beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan.

"Yang pertamanya, ini Piala FA pertama bagi saya dan yang kedua, kami akan beraksi dalam Piala AFC, jadi apa yang pihak pengurusan tuntut pada awal musim telah pun kami kotakan," jelasnya.


Bagi Syazwan, segalanya tampak lancar dalam usaha merealisasikan hasrat meraih Piala FA buat pertama kali secara peribadi.

Selain itu, dia juga menjelaskan kejayaan dalam pertemuan menentang Pahang itu bukan sekadar bersandarkan kepada kejayaan muncul juara baru semata-mata, namun ada yang lebih besar perlu diraikan Syazwan dan seluruh pasukan Kedah.

Kedah kini turut layak untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi iaitu, saingan Piala AFC pada musim hadapan dan Syazwan sedar seluruh pasukan perlu fokus dan persediaan sepenuhnya perlu dilakukan bermula dari sekarang.

Advertisement

Must Watch Video