Pemain serba boleh Selangor, Muhd Syahmi Safari, bersedia diturunkan sebagai pemain tengah dan menyerahkan kepada jurulatih, P. Maniam, untuk menentukan posisinya dalam aksi Kumpulan D, Piala Malaysia bedepan Sarawak, Rabu ini.
Syahmi sebelum ini kerap menghuni posisi pertahanan kanan, bagaimanapun, dalam aksi menentang Terengganu kelmarin, dia beraksi cemerlang sebagai pemain tengah.
Penampilan pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara itu tidak mengecewakan dalam perlawanan itu apabila turut meraih satu gol untuk membantu kemenangan 3-2 Selangor.
"Saya agak bergelut pada awalnya untuk membiasakan diri dalam posisi ini tetapi kini dapat beraksi dengan lebih selesa," katanya.
Meskipun Selangor sudah pun mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia, Syahmi tetap bertekad memastikan rekod tanpa kalah peringkat kumpulan dikekalkan.
Bagi Syahmi, dia mahu memastikan Selangor mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan.
"Perlawanan berdepan Sarawak sangat penting untuk memastikan Selangor menjuarai peringkat kumpulan."