Bekas jurulatih Switzerland, Ottmar Hitzfeld, berasakan pemain-pemain muda berkualiti memberikan peluang buat mereka melakar kejayaan dalam saingan akhir Liga Negara-Negara.
Switzerland akan berdepan Portugal dalam separuh akhir awal pagi esok selepas menjuarai kumpulan hasil kemenangan 5-2 ke atas Belgium.
Bekas jurulatih Bayern Munich, Hitzfeld, memimpin Switzerland pada 2008 hingga 2014, dengan membawa pasukan itu ke dua edisi Piala Dunia.
Tetapi pengendali berusia 70 tahun itu percaya generasi baru bakat negara itu telah membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi.
"Switzerland memiliki pemain muda yang berkualiti. Mereka memiliki pemain-pemain berkualiti dan berbakat," kata Hitzfeld.
"Fabian Schar, Yann Sommer, Granit Xhaka, Haris Seferovic, Xherdan Shaqiri dan Breel Embolo. Mereka beraksi bersama skuad utama dalam saingan peringkat kelab.
"Berdepan Portugal, peluangnya adalah 50-50. Mana-mana pasukan mampu meraih kemenangan."