LIGA SUPER MSIA
Suwon Samsung minat sunting Faisal Halim ke kancah K1
Perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 Januari lalu menjadi titik tolak kepada rasa berminat pemilik kelab Suwon Samsung FC, Lee Jeong, kepada kelibat tonggak negara, Mohd Faisal Halim.
Selepas empat bulan menjadi perhatian kelab ternama itu, hasrat Suwon Samsung khabarnya sudah dinyatakan dengan jelas kepada pemain berusia 25 tahun tersebut.
"Pemilik Suwon Samsung sempat melihat aksi pemain nombor tujuh (Faisal) ketika Thailand bertemu Malaysia lalu menghubungi saya dan mengatakan Faisal seorang pemain yang sangat bagus.
Iklan
"Tapi saya kurang mengenali pemain dari Malaysia, saya banyak di Thailand dan selepas saya meneliti permainannya, saya rasa dia sangat sesuai buat Suwon Samsung," kata ejen itu.
Suwon Samsung merupakan kelab yang berada di ranking kelapan Liga Utama Korea (K1), di mana semua sedia maklum tiada kuota pemain ASEAN ditetapkan.
Jika Faisal menyahut cabaran tampil beraksi dalam K1, ia merupakan satu penghormatan terbesar selaku pemain Malaysia pertama disunting kelab dari liga ternama dunia itu dengan mengisi kuota pemain import Asia menerusi nilai setahun yang dipercayai mencecah $300,000 (RM1 juta).
"Dia telah menjelaskan perincian seperti gajinya.
"Maklumatnya sudah dihantar ke pangkalan kelab dan mereka mungkin berminat untuk mengadakan rundingan pada Julai depan.
"Saya hantar video dan profil kepada kelab jadi saya cadangkan Faisal merupakan calon untuk mengisi kuota Asia dan pemilik kata dia berminat," katanya lagi.
Difahamkan, Suwon Samsung turut dibarisi pertahanan utama skuad kebangsaan, Lee Gi Je, yang bakal memainkan watak penting menjelang saingan Piala Asia tahun depan.
Must-Watch Video