Skip to main content

Bola Sepak

Supaya buka potensi lebih besar -- Dion Cools semakin hampir ke Jepun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cools.jpg
Pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools, semakin hampir menyertai kelab terkemuka liga utama Jepun, Cerezo Osaka, meskipun berbaki satu tahun kontrak bersama juara Thailand, Buriram United.

Cools dijangka kembali bekerjasama dengan bekas jurulatih Thunder Castle, Arthur Papas, di mana pengendali dari Australia itu kini melatih Cerezo selepas meninggalkan Buriram pada Mac 2024.

Khabar angin perpindahan pemain berusia 28 tahun itu telah disahkan sendiri oleh presiden kelab, Newin Chidchob, selepas melihat prestasi memukau Cools sepanjang musim ini. 

Cools yang sudah memenangi kejuaraan liga, Piala FA Thailand dan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee bakal menghadapi cabaran baru, susulan mendapat persetujuan Buriram United.

 

Dalam masa sama, status perpindahan belum dipastikan sama ada berhijrah sebagai pemain pinjaman mahupun menandatangani secara kekal.

"Cools layak menerima kemajuan. 

"Dia mahu bermain di liga yang lebih besar," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video