Pemain tengah, Sunil Chandran, dia tidak lagi bersama Perak FC untuk saingan Liga Malaysia 2024/2025 selepas kontraknya tahun lalu berakhir.

Ketika ini dia masih berstatus ejen bebas dan menanti tawaran daripada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim ini.

Apa pun, Sunil turut tidak menolak kemungkinan untuk kekal beraksi di pentas Liga M3 jika tiada tawaran daripada kelab Liga Super.

Untuk rekod musim lalu, tonggak berusia 24 tahun itu menyertai pasukan Liga M3, Harini FT secara pinjaman daripada Sang Seladang dalam jendela perpindahan kedua pemain.

"Saya masih menanti, musim baru pun akan bermula lambat lagi iaitu Mei depan. Jadi kebanyakan pasukan belum membuat perancangan lagi dan saya masih menunggu tawaran.





"Kalau boleh nak main Liga Super tapi saya kena akur.

"Kalau dapat main Liga M3 sekalipun, mungkin setahun kemudian saya masuk ke Liga Super semula," katanya yang membuat tiga penampilan Liga Super musim 2023.