Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh, mengakui pasukan Harimau Malaya ketika ini merupakan skuad terbaik dari segi kombinasi pemain.
Pemain berusia 24 tahun kelahiran Gambia itu mengakui bilangan pemain muda yang lebih ramai daripada tonggak senior telah memberikan pasukan itu satu tahap kualiti baru yang diperlukan pasukan.
Sumareh berkata ia juga mewujudkan satu persaingan sihat dalam kalangan pemain dan dalam masa yang sama membuatkan pasukan mempunyai pilihan yang lebih ramai di setiap posisi.
“Kali ini, ia satu kombinasi yang sangat baik di antara pemain senior dan junior. Saya rasa inilah pasukan kebangsaan terbaik setakat ini. Penguasaan dan kawalan bola juga lain. Kali ini ia bukan lagi mudah. Kita juga mempunyai banyak pilihan di setiap bahagian.
“Kami mempunyai ramai saingan sekarang ini, jika sesiapa tidak lakukan dengan baik, ada orang lain yang boleh ambil alih. Ini bagus untuk kami dalam membantu pasukan menjadi lebih baik.
“Jika tiada saingan, saya mungkin akan ambil mudah kerana tahu kedudukan saya selamat tetapi dengan pemain-pemain muda ini, saya perlu lebih bersedia dan berikan lebih lagi, jadi ia juga bagus untuk saya juga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam sesi latihan pasukan kebangsaan di Stadium Arena UM.
Untuk rekod, ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe, telah memanggil 11 pemain B-23 dan hanya menyenaraikan tiga pemain di atas 30 tahun dalam senarai 26 pemain untuk perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia Qatar 2020 dan Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Timor-Leste pada 7 dan 11 Jun.
Sebagai persediaan, Malaysia akan menentang Nepal dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Bukit Jalil, Ahad ini.
-- BERNAMA