PIALA MALAYSIA
Sukri Talib: Pemain muda hoki perlukan pendedahan luar negara
Bekas kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib, berasakan sudah tiba masanya untuk sukan hoki menikmati program pemerkasaan berskala besar jika mahu kekal relevan di kejohanan antarabangsa.
Sukri yang turut merupakan bekas kapten skuad Piala Dunia Remaja 2005 dan kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Baginya, skuad negara baik senior sehinggalah peringkat remaja harus diberikan keistimewaan berguru dengan negara-negara kuasa besar di dunia secara berterusan sebagaimana amalan pasukan elit dunia ketika ini.
Iklan
Berdasarkan tiga perlawanan peringkat Kumpulan A dalam Piala Dunia Remaja yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil ketika ini, Sukri berpendapat, kekurangan pakar dalam struktur program negara menjadi pemisah kualiti jika dibandingkan dengan Argentina mahupun Australia.
"Kepakaran pemain remaja untuk menjaringkan gol padang agak kurang termasuk pukulan sudut penalti sebagaimana ketika bertemu Argentina.
"Kita ada peluang tapi tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk gol.
"Sebagai jurulatih pembangunan, saya perlu memandang serius perkara ini. Pemain perlu didedahkan persekitaran di luar negara dengan lebih kerap.
"Kalau pemain cepat, sudah lama dan berani keluar ke Eropah mahupun Australia, ia sedikit sebanyak akan membantu," katanya.
Must-Watch Video