Skip to main content

Bola Sepak

Sukma: Syed Saddiq bimbang dengan sikap atlet muda negara

syedsaddiq.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, bimbang dengan sikap atlet muda negara yang mudah terbabit dengan isu pergaduhan.

Dalam saingan Sukan Malaysia, insiden pergaduhan membabitkan pemain Johor dan Terengganu dalam saingan bola sepak memberi imej buruk terhadap sukan itu dan ia mencerminkan kelemahan aspek psikologi atlet negara walaupun baru menjejakkan kaki di pentas Sukma.

Terbaru, lagi insiden pergaduhan berlaku membabitkan atlet acara futsal lelaki.

"Kekuatan mental atlet muda negara masih lemah. Atlet negara gagal mengawalnya dalam peringkat awal saingan dan ia menjadi faktor kegagalan di pentas tertinggi," kata Syed Saddiq.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka sibuk merangka tindakan terhadap insiden futsal ini. Badan induk itu  FAM telah memanggil dua pemain Johor dan dua pemain Terengganu untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib, Jumaat ini, bagi menjawab pertuduhan terbabit dalam isu pergaduhan, Isnin lalu.

Advertisement

Must Watch Video