Pasukan Melaka melakar kejutan apabila menewaskan juara bertahan, Terengganu, menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di dalam aksi separuh akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Mukah, sebentar tadi.
Anak buah Md Nor Bin Md Derus itu memberikan aksi terbaik dalam mengekang serangan yang dirancang Terengganu untuk memastikan slot ke final menjadi milik mereka.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Wilayah Persekutuan turut menerima saingan sengit daripada pasukan Kelantan apabila kedua-dua pasukan turut terikat 0-0 sebelum menoktahkan keputusan melalui penentuan sepakan penalti.
Begitupun, keputusan memihak kepada Wilayah Persekutuan selepas menang 4-2 dalam aksi yang berlangsung di Padang MDDM, Mukah dan akan bersaing dengan Melaka dalam penentuan pingat emas Sabtu ini.
Kelantan bakal menghadapi cabaran Terengganu dalam penentuan pingat gangsa Sukma 2024.