Selepas tiga edisi tidak mengambil bahagian, Kelantan meletakkan sasaran mara ke separuh akhir dalam acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) XIX di Perak, 14-22 September ini.
Ketua jurulatih, Sazami Shafi’i, berkata misi utama adalah memastikan skuad kendaliannya itu melepasi saingan peringkat Kumpulan D terlebih dahulu sebelum memikirkan cabaran lebih getir.
“Secara peribadi, sasaran saya selepas diberi mandat untuk membentuk pasukan ini adalah layak ke separuh akhir dan berusaha mendapatkan pingat.
“Namun, buat masa sekarang, saya akan fokus satu demi satu perlawanan di peringkat kumpulan terlebih dahulu untuk memburu salah satu slot ke suku akhir,” katanya.
Sazami, yang juga bekas ketua jurulatih skuad Piala Belia Kelantan, memilih Kedah selaku naib juara kempen Piala Presiden musim ini sebagai pasukan yang mampu memberi tentangan sengit dalam Kumpulan D.
“Kedah adalah pasukan pilihan berdasarkan prestasi terkini mereka, namun kami juga tidak memandang rendah keupayaan Pahang dan Selangor. Bagi saya, tidak ada pasukan yang lemah dalam kumpulan ini," katanya.
Ditanya pemain yang bakal menggalas cabaran skuad Pantai Timur itu, Sazami menjelaskan bahawa Kelantan mempertaruhkan gabungan pemain Piala Belia dan Piala Presiden.
“Kami mula membentuk pasukan 1 Julai lalu dan sebulan kemudian, saya menyenaraikan 20 pemain yang terdiri daripada lima daripada PKNS FC, masing-masing satu daripada PKNP FC dan TFC III manakala selebihnya pemain bawah 19 dan 21 tahun negeri.
"Kami juga tidak berdepan masalah kecergasan kerana pemain berlatih dengan pasukan masing-masing dan kami hanya tumpu kepada usaha membentuk keserasian dalam kalangan mereka.
"Paling penting, sebahagian besar skuad ini juga adalah anggota skuad Piala Belia Kelantan yang pernah saya latih, tahun lalu,” tambah Sazami.
Untuk rekod, Kelantan akan turun menentang Selangor dalam aksi pembukaan Kumpulan D di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, malam esok.