Walaupun gembira berjaya mara ke suku akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19, Sabah menjangkakan laluan mereka untuk melangkah lebih jauh agak mencabar berikutan masalah kecederaan yang dialami beberapa tonggak.
Bagaimanapun, pengurus pasukan, Benedict Asmat, tetap yakin pasukan itu mampu mengatasi cabaran berkenaan dengan syarat mereka perlu fokus serta memberi komitmen sepenuhnya dalam aksi suku akhir bertemu Pahang, petang esok.
Katanya, sekurang-kurangnya empat tonggak mereka mengalami kecederaan selepas tamat saingan peringkat kumpulan, namun beberapa antara mereka yang tercedera kini menunjukkan petanda positif dan diharapkan mereka dapat beraksi esok.
Antara yang berada dalam senarai mengalami kecederaan termasuk Hamran Peter, Muhd Zaki Safri, Eddey Ladius dan Kevin Pengiran.
"Berjaya melangkah ke suku akhir sebagai juara kumpulan sudah pasti memberi motivasi kepada para pemain, termasuk mereka yang mengalami kecederaan. Bagaimanapun, kami akan lihat esok, kami harapkan beberapa pemain yang semakin pulih akan cergas sepenuhnya.
"Kami kini berada di landasan yang betul untuk mengejar pingat emas, namun apa yang paling penting, kami harus melepasi cabaran suku akhir terlebih dahulu sebelum memikirkan langkah seterusnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, Sabah berjaya melangkah ke suku akhir walaupun mencatat keputusan seri 1-1 dengan Pulau Pinang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Padang Sintetik Parit Buntar, Perak, malam tadi.
Dalam perlawanan itu, Sabah mendahului menerusi jaringan Ariusdius Jais pada minit ke-74.
Bagaimanapun, ketika Sabah hampir meraikan kemenangan mereka, penyerang Pulau Pinang, Muhammad Azrie Reza Zamri, menyamakan kedudukan dalam masa kecederaan.
Sementara itu, pengendali Sabah, Johnny Dominicus, gembira kerana percaturan mereka untuk menyekat Pulau Pinang daripada mencatat kemenangan malam tadi berjaya.
"Ia adalah perlawanan 'hidup atau mati' bagi kami, namun apa yang lebih penting adalah akhirnya kami berjaya melangkah ke suku akhir.
"Saya memuji semangat juang yang ditunjukkan pemain sehingga kami berjaya mencapai impian untuk ke suku akhir," katanya.
Sabah bakal berdepan dengan Pahang dalam aksi suku akhir di Stadium TLDM Lumut, Perak, bermula jam 4.15 petang esok.