Kem Thailand B-23 bergolak apabila tekad memecat jurulatih, Takayuki Nishigaya, menjelang Piala Mandiri ASEAN B-23.
Pemecatan itu didorong oleh lima rentetan keputusan buruk termasuk tumbang 2-3 kepada Hong Kong meskipun pengendali kelahiran Jepun itu dilantik kurang dari tempoh setahun.
Lantaran itu, Persekutuan Bolasepak Thailand (FAT) menyerahkan tugas itu kepada jurulatih tempatan, Thawatchai Damrong-Ongtrakul, untuk menghadapi Piala Mandiri ASEAN di Jakarta yang bermula dua minggu lagi.
Skuad Gajah Perang muda dijadual bertemu Timor-Leste dan Myanmar di peringkat Kumpulan C, disusuli kelayakan Piala Asia B-23, tiga bulan kemudian.
Terdahulu, hasrat Nishigaya untuk mengetengahkan barisan terbaik berdepan cabaran hebat selepas pengelola liga Thailand memutuskan untuk meneruskan saingan sepanjang menjadi tuan rumah Sukan SEA, hujung tahun ini.