Jurulatih skuad B-23 tahun negara, Nafuzi Zain, melabelkan tugasan ketiganya ketika temasya Sukan SEA Thailand sebagai misi getir selepas diundi bersama pasukan handalan seperti Vietnam dalam Kumpulan B.
Dalam temubual Bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Nafuzi menegaskan cabaran Laos juga tidak boleh dipandang enteng memandangkan lawan melakukan persediaan rapi untuk temasya dwi-tahunan itu kali ini.
"Saya lihat kami bukan berada dalam kumpulan mudah, agak mencabar dan sukar. Vietnam telah layak ke Piala Asia.
"Mungkin kami boleh memberikan saingan, bukan perbezaan yang ketara. Bukan sesuatu yang mudah juga buat Vietnam.
"Kami perlu kurangkan kesilapan berdepan Vietnam nanti. Untuk situasi sekarang semua pasukan melakukan persiapan dengan baik.
"Semua pasukan dapat memberikan cabaran, sekarang liga sedang berlangsung. Kami akan mulakan persediaan pada penghujung November nanti untuk persiapan pasukan." katanya.
Untuk rekod, Malaysia diundi dalam Kumpulan B Bersama Vietnam dan Laos.
Gear Up Sekarang

“Satu tugasan mencabar diundi bersama juara Piala ASEAN B23, Vietnam selain Laos yang dibarisi majoriti pemain ketika bertemu Harimau Malaya baru-baru ini”, Nafuzi Zain letak sasaran awal separuh akhir temasya Sukan SEA Thailand. ⚽️??@ASTROARENA pic.twitter.com/I1Tx3x6IrD
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 22, 2025

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang