Skip to main content

Bola Sepak

Sukan SEA: Hanya emas jadi buruan Kim Swee

ong-kim-swee.jpg
Jurulatih skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, mengakui hanya pingat emas menjadi buruannya walaupun berdepan tempoh singkat membentuk skuad mantap menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Kim Swee tampil memulakan tugas pada hari pertama sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini, kurang tiga bulan menjelang Sukan SEA.

Kembali ke pangkuan skuad itu selepas 2015, bekas jurulatih negara ini tetap tenang meneruskan misi yang ditinggalkan pengendali terdahulu, Frank Bernhardt ,sekaligus bakal menyaksikan penampilan keempatnya dalam temasya dwi-tahunan itu.

"Tidak ada meletakkan sebarang sasaran khusus tetapi ini Sukan SEA keempat saya dan seperti dahulu, pingat emas menjadi objektif utama.

"Jadi, tiada banyak perbezaan, apatah lagi kita adalah tuan rumah bagi edisi kali ini," jelas Kim Swee.

Seramai 25 pemain melaporkan diri pada hari pertama sesi latihan kecuali pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid, yang masih ada komitmen bersama kelabnya dalam saingan Piala AFC.

Persediaan kali ini turut membabitkan kempen kelayakan AFC di Bangkok, Julai depan tatkala semua pemain akan dinilai Kim Swee semasa kunjungan ke China, bulan depan.

"Saya mengharapkan dengan barisan jurulatih yang baru ini, skuad bawah 22 tahun akan menjadi lebih mantap untuk menghadapi Sukan SEA.

"Hari ini semua pemain telah melaporkan diri, jadi itu satu petanda positif untuk kami semua," ujar pemain pertahanan negara, Adib Zainuddin.

 

Advertisement

Must Watch Video