BOLA SEPAK
Sukan SEA Hanoi: Skuad negara tidak perlu gentar aura tuan rumah
Malaysia berdepan misi getir untuk melangkah ke pentas akhir apabila terpaksa membuat perhitungan dengan juara bertahan merangkap penganjur Sukan SEA Hanoi, Vietnam, selepas muncul naib juara Kumpulan B.
Barisan pemain negara dituntut agar memperbaiki segala kelemahan dan melakukan kerja rumah terhadap kemampuan lawan.
Ia selepas skuad B-23 Vietnam menggunakan strategi berlainan berbanding skuad senior sekalipun di bawah jurulatih yang sama, Park Hang-seo.
Iklan
"Permainan skuad Vietnam B-23 negara berbanding senior mereka lebih kurang, cuma saya perasaan mereka kurang memberi tekanan.
"Kami perlu berhati-hati dan mereka mungkin akan bermain serangan balas.
"Jadi kami perlu bersedia," kata ketua pasukan B-23 negara, Mukhairi Ajmal.
Anak buah Brad Maloney itu juga berdepan cabaran perang psikologi penyokong tuan rumah untuk pertemuan malam esok.
Namun, perancang tengah Selangor itu mengingatkan rakan seperjuangannya usah gentar sebaliknya kekal fokus dalam usaha melakar kejutan ke atas lawan.
"Ini satu cabaran tapi kami tidak perlulah risau dengan penyokong.
"Separuh akhir tidak sama dengan di peringkat separuh akhir, semangat dan keyakinan lain.
"Insya-Allah saya percaya kami mampu melakukannya," katanya lagi.
Must-Watch Video