BOLA SEPAK
Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 negara bersemangat buru gangsa
Demi maruah negara.
Itu mesej yang disampaikan jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney, apabila menuntut pemainnya bangkit ketika berdepan indonesia dalam aksi penentuan pingat gangsa Sukan SEA Hanoi, petang esok.
Ia bagi memastikan skuad Harimau Malaya B-23 mampu membawa pulang pingat ke tanah air bagi mengubat kedukaan dalam kempen di Stadium Nasional My Dinh, vietnam.
Iklan
"Pertemuan kedua-dua ini sentiasa menyajikan perseteruan sengit, bagus untuk permainan dan sukan ini.
"Tetapi pemain saya mempunyai motivasi tambahan untuk berdepan perlawanan esok bagi dapatkan gangsa.
"Malah, dalam perlawanan separuh akhir menentang Vietnam, saya tidak pernah melihat sebuah pasukan yang bersemangat begitu tinggi untuk capai sesuatu buat negara.
"Esok tiada bezanya," kata pengendali kelahiran Australia itu.
Sementara itu, jurulatih Indonesia B-23, Shin Tae-yong, bertekad membuat percaturan ekoran kepincangan pasukan selepas tiga pemainnya menerima kad merah ketika bertemu Thailand.
“Ketiadaan tiga pemain terbabit memang menyukarkan perancangan saya apatah lagi pada awal saingan kami sudah kekurangan pemain kerana ada pemain yang tidak dapat menyertai temasya ini.
"Tetapi pemain lain tetap bersemangat untuk berjuang mendapatkan kemenangan," katanya pula.
Must-Watch Video