Khidmat enam pemain tonggak yang diketepikan sebelum ini tetap ditagih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan, biarpun barisan pemain sedia ada berjaya membuktikan kemampuan mereka menerusi kejayaan layak ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China, tahun depan.
Enam pemain terbabit ialah Matthew Davies, Nor Azam Azih (Pahang), Syamer Kutty Abba, S. Kumaahran (Pulau Pinang), Safawi Rasid dan Haziq Nadzli (JDT).
Mereka tidak menyertai skuad muda negara dalam kempen kelayakan di Bangkok, Thailand, tempoh hari berikutan tidak mendapat pelepasan pasukan negeri dan kelab masing-masing.
Mungkin tidak adil kepada pemain lain jika keenam-enam pemain itu menyertai semula skuad negara, namun menurut penganalisis bola sepak, kehadiran mereka diakui mampu memberi kekuatan tambahan dalam Sukan SEA nanti.
"Kekalahan kepada Thailand tempoh hari sedikit-sebanyak mempengaruhi keputusan ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, untuk mempertimbangkan pemain yang mampu menampung pasukan," kata bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri.
Seorang lagi bekas pemain negara, Hasnizam Uzir, berpendapat keenam-enam pemain itu masih boleh diketengahkan mengikut acuan Kim Swee.
"Berdasarkan prestasi pemain yang sedia ada, sudah cukup.
"Namun, semuanya bebalik kepada perancangan jurulatih. Sekiranya beliau memerlukan khidmat keenam-enam pemain ini, mereka perlu dipanggil," katanya.
Mengulas mengenai pembentukan semula skuad B-19 negara yang dibimbing Bojan Hodak, ia diakui langkah tepat dalam usaha melahirkan lebih ramai pelapis untuk skuad B-22 dan senior kebangsaan.
"Pembangunan bola sepak boleh diperbanyakkan untuk mendapatkan pemain.
"Selepas B-19, mereka perlu menjadi muka tetap barisan B-23," kata Asmawi.