Skuad B-23 negara sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk menghadapi undian semula dan persiapan bagi Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September depan.
Skuad itu juga berdepan situasi rumit berhubung pelepasan pemain menjelang kem latihan pusat pada 30 Julai ini.
Berdasarkan undian terdahulu, Malaysia berada dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Korea Selatan dan Kyrgyzstan.
Sementara itu, persiapan fasa akhir pasukan B-23 negara membabitkan perlawanan pemanas badan menentang China dan Arab Saudi, 5 dan 9 Ogos ini.
"Kami perlu menunggu sehingga 30 Julai ini, baru kita tahu siapa yang tidak akan menyertai Sukan Asia.
"FAM tidak boleh membuat sebarang andaian dan jika pasukan negeri serta kelab ini tidak akan melepaskan pemain, FAM akan mengambil tindakan susulan," kata pengurus skuad B-23 negara, Datuk Wira Yusoff Mahadi.
Chef-de-Mission (CDM) negara ke Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, pula berpendapat: "Jurulatih B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, memerlukan barisan pemain yang beraksi dalam Kejohanan AFC B-23 di China yang lalu.
"Ini kerana mereka sudah mempunyai persefahaman, maka ini akan memudahkan Malaysia untuk mara ke peringkat lebih tinggi."
Sehingga hari ini, belum ada pengesahan senarai 24 pemain yang dipanggil akan melaporkan diri pada tarikh 30 Julai.
Hanya Johor Darul Ta'zim (JDT), PKNS dan terkini, Kedah, yang mengumumkan pelepasan pemain mereka sempena tugasan temasya Jakarta-Palembang 2018 itu.
"Kami sudah mengatur perlawanan persahabatan.
"Oleh kerana tarikh kejohanan sudah dekat, kami terpaksa meneruskan perancangan yang ada.
"Undian semula itu mungkin memberi kelebihan kepada kita memandangkan undian ketika ini agak sukar.
"Daripada segi persiapan pasukan, kami akan menerima apa jua keputusan dan akan berikan sehabis baik dalam Sukan Asia," katanya.