BOLA SEPAK
Sukan Asia: FAM tidak hantar skuad B23 ke Hangzhou
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, memberikan gambaran jelas badan induk itu tidak akan menghantar pasukan bagi saingan pentas Sukan Asia yang berlangsung di Huangzhou, China September depan.
Ia rentetan daripada keputusan FAM yang hanya memberikan perhatian kepada tiga Kejohanan B23 bagi tahun 2023.
Dalam masa sama, Hamidin turut menyangkal dakwaan kononnya mantan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berminat untuk memegang jawatan pengurus skuad kebangsaan ketika ini.
Iklan
Keputusan itu mungkin kali pertama berlaku dalam sejarah bola sepak negara apabila pentas Sukan Asia hanya dipandang enteng.
Badan induk FAM menegaskan tiada keperluan nyata untuk Malaysia hantar pasukan apatah lagi mereka kini lebih memilih dalam menentukan kejohanan yang perlu disertai.
Hamidin ada alasan tersendiri dengan menegaskan, tiada lagi penampilan sekadar pelengkap jadual untuk saingan di Piala Asia B23.
Memandangkan siri kelayakan Piala Asia B23 dan Sukan Asia memiliki tarikh yang terlalu hampir, jadi FAM perlu membuat pilihan.
"Kelayakan ke Paris 2024 akan berlangsung selepas tamat Sukan Asia sekaligus kami tidak akan menghantar ke saingan Sukan Asia," kata Hamidin.
"Kami tidak mahu menyertai semua pertandingan namun tiada hasil yang keputusan yang positif buat Malaysia."
Difahamkan FAM sudah memaklumkan hal tersebut kepada pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan akan memperincikan keputusan itu menerusi penerangan Pengarah Teknikal Fam Scott O'Donell dalam masa terdekat.
Must-Watch Video