Skip to main content

Bola Sepak

Sukan Asia: Akhyar abai kesakitan demi Malaysia

akhyar.jpg
Pemain tengah negara, Akhyar Rashid, melupakan kesakitan yang masih dirasai di bahu kirinya demi memenuhi tuntutan utama selaku watak penting dalam Sukan Asia 2018.

Walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami ketika menyertai Kejohanan AFF B-19, Akhyar tidak mahu situasi itu mengganggu tumpuannya.

Namun, itu bukan jaminan kerana dalam masa sama, dia masih perlu berhati-hati dalam setiap pergerakannya bagi mengelak kecederaan sama berulang.

Hakikatnya, kesakitan itu masih terasa tetapi demi Sukan Asia, Akhyar cuba untuk mengabaikan rasa yang membelenggu dirinya ketika ini.

"Saya mengakui perasaan takut tetap ada tetapi ia tidak difikirkan apabila melangkah masuk ke padang. Saya perlu berhati-hati.

"Secara keseluruhan, saya rasa bagus," katanya.

Apa yang cuba dibuktikan Akhyar jelas dapat dilihat dalam aksi persahabatan di China, apabila penggempur Kedah itu menonjol dalam usaha membawa pasukan ke tahap persediaan terbaik sebelum terbang ke Indonesia untuk ujian sebenar.

"Saya sangat berpuas hati kerana seluruh pasukan memberi komitmen tinggi. 

"Mengenai masalah kecederaan yang dialami, ia semakin pulih," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video