VILLARREAL 4 BARCELONA 4
Ernesto Valverde mengakui Bracelona terlalu bergantung kepada Lionel Messi selepas penyerang itu mencetuskan kebangkitan pasukannya bagi mengikat Villlarreal 4-4 dalam aksi LaLiga di Stadium de la Ceramica, awal pagi tadi.
Messi pada awalnya direhatkan daripada perlawanan itu dan Barca kelihatan tidak akan berdepan masalah dengan mendahului 2-0 menerusi jaringan Philippe Coutinho dan Malcom.
Bagaimanapun, Samuel Chukwueze merapatkan kedudukan buat Villarreal sebelum Karl Toko Ekambi menghukum kesilapan penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen, untuk mengikat kedudukan.
Vicente Iborra dan Carlos Bacca hampir memberikan kemenangan gemilang buat Villarreal sebelum Messi, yang masuk sebagai pemain gantian, menemui bucu kiri gawang lawan melalui sepakan percuma menggerunkan pada minit ke-90 dan Luiz Suarez merembat kencang jaringan dalam waktu kecederaan untuk pasukan pelawat itu merampas satu mata.
Situasi itu membuktikan kebergantungan skuad kendalian Valverde itu terhadap Messi dan pengendali berkenaan tidak menolak kebenaran dakwaan tersebut.
"Sudah pasti kami bergantung kepada Messi, dia pemain terbaik dunia," katanya kepada wartawan.
"Bagaimanapun, kami perlu membuktikan yang kami mampu memberikan aksi sama apabila dia direhatkan, sama seperti yang ditunjukkan dalam separuh masa pertama.
"Kami tidak bergantung kepada Messi dalam babak pertama, pasukan ini baik-baik sahaja dan sepatutnya memenangi perlawanan," katanya.
Walaupun ia terbukti sebagai perlawanan yang sukar buat Barca, Valverde percaya kesukaran seperti itu amat baik untuk mengingatkan mereka tentang cabaran merebut kejuaraan musim ini, termasuk Liga Juara-Juara Eropah.
"Perlawanan ini banyak membantu kami, terutama dalam menghadapi perlawanan yang akan datang.
"Ia membuatkan kami sedar yang liga ini amat rumit dan mempunyai pasukan hebat yang bersedia untuk bersaing.
"Mereka (Villarreal) pasukan yang baik dan menyukarkan kami.
"Kami perlu meningkat agar pihak lawan tidak mengambil mudah kami kerana kami akan berdepan pasukan yang akan memburu kejuaraan liga dan aksi Liga Juara-Juara Eropah.
"Kami tidak boleh melakukan kesilapan sama apabila berdepan pasukan seperti itu," katanya.
Keputusan seri itu meletakkan Barca hanya berkelebihan lapan mata di depan pasukan di tangga kedua, Atletico Madrid, yang akan berkunjung ke Camp Nou, hujung minggu ini.