Skip to main content

Bola Sepak

Subkiddin: Guna VAR untuk elak skandal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-terengganu.jpg
Jika tidak mahu ia menjadi topik perbincangan sebaik tamat perlawanan, video bantuan pengadil (VAR) adalah jawapan tepat.

Bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Salleh, berpandangan sedemikian selepas kepincangan pemilihan dan kualiti pengadil sekali lagi menjadi topik hangat sebaik tamat saingan final Piala Malaysia 2023.

Namun, jika penggunaan VAR diteruskan seperti mana yang telah dirancang awal musim ini, mungkin keadaan boleh diselamatkan.

"Di perlu berada di kedudukan tepat untuk melihat situasi dengan jelas, sama ada ada sentuhan atau sebaliknya. 

"Pengadil perlu tingkatkan dirinya untuk berada di posisi terbaik untuk pandangan yang jelas atau boleh terlindung. 

"Sebelum terlindung pengadil perlu berada di kedudukan yang baik untuk membuat keputusan," katanya ketika temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, di Nadi Arena sebentar tadi. 

Jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu menjaga imej dan mempertahankan kredibiliti, apatah lagi pengadil dibawah kelolaan badan induk itu, maka VAR salah satu cara untuk membantu.

Sebarang keputusan mungkin tidak akan dipertikai lagi memandangkan penilaian tersebut bukan berdasarkan kepada kudrat seorang pengadil semata-mata.

 

"Kalau berkemampuan untuk guna VAR, mengapa tidak digunakan untuk membantu dan menyelamatkan sesuatu perlawanan.

"Kita mahu kemenangan sesebuah pasukan itu tanpa sebarang isu dan skandal yang akan dibincangkan selepas perlawanan," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video