Danijel Subasic sanggup menanggung kesakitan demi membantu Croatia mencapai impian mereka beraksi dalam perlawanan akhir Piala Dunia Russia, hujung minggu ini.
Penjaga gol itu bergelut dengan kecederaan otot semasa kemenangan suku akhir Croatia ke atas Russia, dengan Subasic memerlukan rawatan dalam masa tambahan sebelum menampilkan aksi memukau dalam penentuan sepakan penalti.
Subasic bertekad tidak mahu direhatkan menjelang pertembungan di Sochi itu dan dia tidak akan membenarkan masalah itu menghalangnya daripada menghadapi England, awal pagi Khamis ini.
"Semasa saya memanaskan badan dan saya sudah dapat berasakan kesakitan di bahagian otot," kata Subasic kepada FIFA.com. "Ahli fisioterapi mengurut kaki saya sedikit dan melihat sama ada saya boleh bermain.
"Kemudian, saya kembali berasa sakit tetapi saya tidak mahu berputus asa. Saya tahu bahawa jurulatih perlu menggunakan slot gantian ke atas pemain lain. Pada waktu rehat, tukang urut berusaha dan seperti kereta Formula Satu yang keluar dari hentian pit, saya bagaikan mendapat tenaga yang baru.
"Ini musim yang panjang, namun peluang beraksi dalam separuh akhir Piala Dunia datang sekali seumur hidup dan ketika ini tiada gunanya untuk menyerah," ujarnya.
Subasic sedar bahawa England tidak akan menjadi lawan mudah. Begitupun, The Three Lions yang dibimbing Gareth Southgate bersedia untuk menghadapi aksi separuh akhir Piala Dunia sulung mereka sejak 1990.
"England memiliki pemain hebat -- mereka adalah pasukan yang hebat," katanya. "Mereka terdiri daripada ramai anak muda tetapi mereka bermain dengan begitu baik, pantas dan mereka bermain untuk kelab-kelab hebat. Ini akan menjadi satu lagi perlawanan yang sangat sukar untuk kami, satu cabaran besar.
"Kami tidak begitu peduli dengan siapa kami akan berjumpa atau pasukan manakah yang menjadi pilihan. Apa yang penting, kami melakukan yang terbaik di atas padang," katanya.