BARCELONA 8 HUESCA 2
Luis Suarez berkata pemain kehilangan "adrenalin dan keinginan untuk meraikan gol" selepas gol pertamanya dalam kemenangan Barcelona ke atas Huesca dianugerahkan menerusi Video Bantuan Pengandil (VAR).
Suarez dan Lionel Messi masing-masing menyumbat dua gol ketika juara LaLiga, Barca, membelasah pendatang baru, Huesca, 8-2 di Camp Nou, awal pagi tadi.
Pemain Uruguay itu menjadikan kedudukan 3-1, enam minit sebelum separuh masa tetapi ia tidak disahkan segera sementara menanti pengadili meneliti VAR terhadap sepakan lintang Jordi Alba kepada Suarez.
Ini adalah musim pertama VAR diperkenalkan dalam LaLiga dan Suarez berkata selepas perlawanan: "Apabila timbulnya keraguan dan VAR digunakan, anda akan kehilangan adrenalin dan keinginan untuk meraikannya.
"Ini satu tamparan kepada kebahagiaan anda. Anda tidak boleh membuat kesilapan kerana segala-galanya dikawal ketat."
Suarez membuka akaun jaringannya musim ini setelah mereka menumpaskan Deportivo Alaves dan Real Valladolid.
"Apa yang penting ialah membantu pasukan dan memenangi perlawanan, itulah yang penting," tambah Suarez.
"Sedikit demi sedikit kami mendapatkan rentak sebenar. Kami terlena sekejap pada awal permainan (ketika Huesca menjaringkan gol) meskipun situasi itu memaksa kami untuk bertindak balas."
Barca menerajui kedudukan LaLiga dengan Real Madrid menerusi perbezaan gol menuju rehat antarabangsa.
"Sentiasa penting untuk berada di puncak," kata Suarez."Tetapi kempen baru bermula dan kami perlu bersedia dengan cabaran."