Skip to main content

Bola Sepak

Suarez: Liverpool punyai masa depan cerah

liverpool.jpg
Luis Suarez percaya masa depan yang cerah buat Liverpool walaupun bintang Barcelona itu tidak merancang untuk memberikan belas kasihan kepada bekas kelabnya itu dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Barcelona dan finalis UCL tahun lalu, Liverpool bakal bertembung dalam aksi separuh akhir -- perjumpaan semula buat Suarez di Nou Camp awal pagi Khamis ini.

Suarez, yang  bersama Liverpool selama tiga tahun, menjuarai Piala EFL sebelum menyertai gergasi LaLiga itu pada 2014.

Di bawah kendalian Jurgen Klopp, Liverpool telah menjadi ancaman buat saingan Liga Perdana Inggeris dan UCL apabila memberikan tentangan kepada Manchester City dalam perubatan takhta liga.

Liverpool ketinggalan satu mata di belakang City ketika saingan berbaki dua perlawanan dan Suarez memberitahu The Express, "Liverpool kini dalam kedudukan bahawa mereka memiliki masa depan yang cerah sekali lagi.

"Persaingannya sangat sengit di England musim ini dan mustahil untuk menentukan juara buat masa ini.

"Tetapi mereka memiliki masa depan yang cerah. Apabila kami hampir muncul juara dan kekecewaan gagal melakukannya terlalu tinggi, saya berasakan ia merupakan peluang terbaik dan sukar untuk kembali ke tahap itu.

"Tetapi Liverpool kini memiliki skuad serta pelaburan yang dilakukan bukan sekadar bertahan selama satu musim."

Suarez, yang memenangi empat gelaran LaLiga di samping satu kejuaraan UCL bersama Barca, berkata: "Liverpool akan sentiasa menjadi penting buat saya -- mereka telah memberikan saya peluang serta mengambil bahagian dalam perkembangan saya.

"Tetapi ini adalah aksi separuh akhir UCL dan saya akan berusaha untuk membantu Barcelona memenangi satu lagi trofi."
 

Advertisement

Must Watch Video