Bintang Barcelona, Luis Suarez, berjanji pasukannya akan terus memberikan tekanan kepada Real Madrid sehingga perlawanan terakhir LaLiga selepas meraih kemenangan ke atas Las Palmas, semalam.
Pendahulu liga itu merakamkan kemenangan 4-1 di laman lawan hasil jaringan hatrik Neymar dan satu gol daripada Suarez.
Tetapi Real masih memiliki kelebihan baki satu perlawanan dan memerlukan empat mata dalam dua perlawanan berdepan Celta Vigo dan Malaga, sesudah skuad pimpinan Zinedine Zidane menewaskan Sevilla 4-1 untuk meneruskan harapan menjuarai liga musim ini.
"Apa yang kami mampu lakukan adalah meraih kemenangan ke atas Eibar dan memaksa Real untuk melakukan perkara yang sama ketika berdepan Celta dan Malaga," kata Suarez
"Segala-galanya bergantung kepada apa yang mereka lakukan pada Rabu dan Ahad. Kami menyedari saingan liga musim ini sangat panjang, kami tidak boleh tewas mana-mana lagi perlawanan musim ini.
"Kami menyedari perlawanan berdepan Las Palmas agak sukar dan kami berjaya meraih tiga mata penting.
"Barca memiliki sedikit masalah di bahagian pertahanan tetapi tetap cuba memberikan yang terbaik."