Penyerang Barcelona, Luis Suarez, terpaksa berehat selama 15 hari selepas mengalami kecederaan paha dalam sesi latihan, semalam.
Penyerang Uruguay berusia 30 tahun itu bakal terlepas perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Ireland dan Itali.
Barcelona yang bakal menentang Alaves dalam final Copa Del Rey, Ahad ini, turut melupakan khidmat Suarez selepas menerima kad merah sewaktu menentang Atletico Madrid di peringkat separuh akhir.
Bekas pemain Liverpool itu menjaringkan 37 gol dalam semua kejohanan pada musim ini.