Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, menganggap tegurannya ke atas isu Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) adalah sebagai menunaikan tanggugjawab.
Dilabel lebih sudu daripada kuah, Stuart menganggap tohmahan itu sebenarnya melambangkan kebimbangan KLFA sendiri terhadap isu yang kian meruncing.
Tegasnya, sebagai setiausaha agung badan induk itu, beliau ada hak untuk menegur KLFA dan memberi peringatan sekiranya hal berkenaan tidak berakhir segera, pihak KLFA sendiri yang akan menanggung akibat.
"Saya bekerja untuk FAM. Campur tangan FAM dalam isu KLFA adalah mahu memastikan kepentingan bola sepak Kuala Lumpur terjamin dan ia adalah keutamaan FAM," katanya.
Isu KLFA semakin meruncing ekoran kedua-dua pihak masih berdegil dengan tuntutan masing-masing.
Difahamkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) sudah memberi tarikh akhir 31 Mei 2019 untuk pihak KLFA membuat pemilihan baru bagi penggal 2018 hingga 2022.
"FAM tidak menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang dikeluarkan PJS adalah keputusan bersama dengan FAM. Kedudukan FAM dalam hal KLFA bukanlah campur tangan yang berlaku secara tiba-tiba tetapi kami telah terlibat dalam hal ini sejak November tahun lalu," jelasnya.