Pemain tengah Roma, Kevin Strootman, berkata dia sudah lama membuat keputusan untuk kekal bersama pasukan selepas menandatangani kontrak lanjutan bersama skuad ibu negara Itali itu.
Roma menerima suntikan baru pada Isnin selepas Strootman menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun, yang bakal menyaksikan pemain Belanda itu akan kekal sehingga tahun 2022.
Wujud spekulasi bahawa Strootman bakal meninggalkan Stadio Olimpico tetapi pemain berusia 27 tahun itu kini bertekad mahu memberikan aksi terbaik buat Roma selepas kembali daripada episod kecederaan yang panjang.
"Saya gembira berada di sini dan benar-benar sayangkan segala-galanya di Rome," ujar Strootman.
"Memang ada khabar angin saya akan pergi, namun saya memiliki hubungan yang sangat baik dengan pengarah kelab, jadi saya tahu saya akan sentiasa berada di sini,” katanya.
Musim 2016-17 menyaksikan Strootman berada di tahap terbaik untuk kembali ke prestasi asal selepas melakukan 33 penampilan dalam Serie A.
Strootman hanya melakukan 11 penampilan dalam dua musim sebelum ini akibat kecederaan lutut yang panjang.
Strootman juga menambah pasukan perubatan serta semua orang di dalam pasukan sentiasa ada bersamanya sewaktu dipalit isu kecederaan, menjadikan hatinya sentiasa bersama Roma.
"Dua tahun saya tidak dapat beraksi tetapi semua orang sentiasa ada bersama saya.
“Saya juga ingin kekal di sini untuk memenangi kejuaraan bersama pasukan dan saya akan lakukan yang terbaik untuk mendapatkannya,” katanya.