Pemain pertahanan, Ivan Strinic, telah dilepaskan oleh AC Milan selepas kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama.
Strinic menyertai The Rossoneri daripada Sampdoria pada Julai tahun lalu tetapi gagal tampil dalam sebarang aksi kompetitif bersama kelab itu.
Musim lalu, pemain bek kiri itu mengalami masalah di bahagian hati sehingga terpaksa disisihkan selama tiga bulan.
Pemain berusia 32 tahun itu kini dibenarkan untuk meninggalkan kelab selepas Milan mendapatkan Theo Hernandez daripada Real Madrid.
"Pihak kelab mengucapkan selamat maju jaya kepada Strinic dalam kariernya pada masa akan datang," kata wakil Milan.
Strinic tampil enam kali buat skuad kebangsaan Croatia ketika mereka mara ke final Piala Dunia 2018.